Wadisyifa | Jalan Bandar 3, Taman Melawati The perfect balance between health and care.
+603 4106 0175
wadisyifa@gmail.com

Weltanschauung ‘Aqal

RM20.00

Karya: Ismail Mina Ahmad
Terbitan: Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
ISBN: 978-967-10988-8-2

“Perlu difahami benar-benar bahawa Weltanschauung Islami ialah wacana Kebebasan `Aqal yang haqiqi. Melalui `Aqal Ruhaniy atau Latifah Ruhaniyyah, seseorang itu dapat melepaskan `Aqal dan dirinya dari penjara duniawi, Syaytani dan KeIblisan. Justeru, dapatlah ia memasuki wilayah `Alam Tinggi atau `Alam `Ulwiy dan menikmati Kebebasan Haqiqi yang bersifat Ilahiyyah. Ini bermakna ia kembali berada pada kedudukan asal kejadiannya secara ontologis, ketika ia berhadapan dengan Allah swt di `Alam Ruh dahulu itu. Ia menikmati Kebebasan Haqiqi!”

Petikan dari buku Weltanschauung ‘Aqal oleg Ustaz Isma’il Mina Ahmad

SKU: 978-967-10988-8-2 Category:

Description

Dan ketahuilah, orang yang ber‘aqal (berfikir) ialah orang yang mentaati Allāh, walaupun kelihatan bentuknya buruk, kedudukannya rendah dan pakaiannya tidak sempurna. Adapun orang yang jahil ialah yang menderhakai Allāh Ta‘ālā, walaupun kelihatan cantik, kedudukannya tinggi, pakaiannya mulia-ranggi, perawakannya baik dan percakapannya fasih, namun kera dan babi-babi, lebih ber‘aqal di sisi Allāh Ta‘ālā dari orang yang derhaka kepada-Nya. Janganlah terpedaya oleh sanjungan ahli dunia kepada anda, kerana sesungguhnya mereka adalah dari orang-orang yang rugi.

Menurut Ustādz ‘Uthmān el-Muḥammady, seorang ‘Ulamā’-Intelektual tersohor Nusantara, “apa yang dipanggil ‘aqal hari ini sebenarnya permainan kera… iaitu fikiran manusia bermain-main dengan konsep-konsep, baik konsep yang kudus atau yang bukan, tanpa merealisasi hakikat konsep-konsep itu atau tanpa menerbus hakikat-hakikatnya…”

 

 

Additional information

Weight 0.225 kg
Dimensions 1 × 15 × 21 cm