Description
Dan ketahuilah, orang yang ber‘aqal (berfikir) ialah orang yang mentaati Allāh, walaupun kelihatan bentuknya buruk, kedudukannya rendah dan pakaiannya tidak sempurna. Adapun orang yang jahil ialah yang menderhakai Allāh Ta‘ālā, walaupun kelihatan cantik, kedudukannya tinggi, pakaiannya mulia-ranggi, perawakannya baik dan percakapannya fasih, namun kera dan babi-babi, lebih ber‘aqal di sisi Allāh Ta‘ālā dari orang yang derhaka kepada-Nya. Janganlah terpedaya oleh sanjungan ahli dunia kepada anda, kerana sesungguhnya mereka adalah dari orang-orang yang rugi.
Menurut Ustādz ‘Uthmān el-Muḥammady, seorang ‘Ulamā’-Intelektual tersohor Nusantara, “apa yang dipanggil ‘aqal hari ini sebenarnya permainan kera… iaitu fikiran manusia bermain-main dengan konsep-konsep, baik konsep yang kudus atau yang bukan, tanpa merealisasi hakikat konsep-konsep itu atau tanpa menerbus hakikat-hakikatnya…”





