Wadisyifa | Jalan Bandar 3, Taman Melawati The perfect balance between health and care.
+603 4106 0175
wadisyifa@gmail.com

Kosmologi Pencerahan Islāmī

RM10.00

Karya: Ismail Mina Ahmad
Terbitan: Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
ISBN: 978-967-10988-9-9

Pencerahan dalam ontologi dan epistemologi Islām Sunni, secara sederhananya bermaksud: keluar dari kegelapan kesyirikan kepada kecerahan Tawḥīd – mina al-ẓulumāt ilā al-nūr dan dari kegelapan Jāhiliyyah kepada kecerahan Nūr Muḥammadiyyah. Ummat Islām sudah cerah-menerang kerana Islām adalah suatu gugusan Nūr atau Cahaya yang terang-benderang seperti dinyatakan oleh Allāh dalam al-Qur’ān. Umat manusia dan ‘Alam Semesta ini sudah disuluh dan diterangi oleh Cahaya Qur’ānik, Cahaya Nubuwwah dan Risālah al-Khālidah dari suluhan yang dibawa Rasūlullāh yang merupakan lampu yang bergemerlapan atau sirājan munīrā seperti ungkapan al-Qur’ān…

 

SKU: 978-967-10988-9-9 Category:

Description

Syaykh Ibnu ‘Aṭā’illāh berkata: Cahaya atau al-Nūr, adalah tentera hati; seperti kegelapan adalah tentera nafsu. Ini bererti, Cahaya Ilāhī adalah suatu tenaga kekuatan tentera yang mulia dan akan merempuh tentera syaitan dan tentera hawa nafsu keIblisan. Justeru kata Syaykh Ibnu ‘Aṭā’illāh, peperangan yang paling sengit adalah pertarungan antara kegelapan dengan Cahaya di dalam hati, yang berlangsung dari awal sampai akhir hayat manusia…

 

 

Additional information

Weight 0.1 kg
Dimensions 0.5 × 15 × 21 cm