Description
Buku ini memghuraikan aspek sejarah Tanah Melayu terkait agenda British untuk mewujudkan ‘Bangsa Malayan Bersatu’ dengan matlamat bukan sahaja untuk membebaskan Tanah Melayu daripada campur tangan mereka bahkan untuk menyelesaikan isu “stateless persons” iaitu kaum-kaum pendatang yang mendiami Negeri-negeri Tanah Melayu begitu juga kaum pendatang yang merasai nikmat hidup yang lebih sejahtera di bumi Melayu lantaran itu tidak mahu pulang ke tanah air asal mereka. Model “Bangsa Malayan Bersatu” akhirnya tersungkur kepada prinsip Rakyat Raja Melayu yang melahirkan Bangsa Melayu iaitu warganegara Tanah Melayu diikuti dengan Bangsa Malaysia mengikut acuan yang dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu.
Satu peringatan buat semua kaum, peribumi dan pendatang yang berkongsi hakmilik negara melalui instrumen kerakyatan dan politik bersistemkan pilihanraya berparlimen bahawa negara ini mempunyai watannya dan unsur-unsur itu terjamin dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Insaflah bahawa agenda untuk menerima kaum pendatang menurut acuan Malayan Union telah ditentang oleh semua orang Melayu daripada peringkat Raja-raja hinggalah segenap masyarakat, namun atas tolak ansur, Raja-raja dan umat Melayu merelakan sistem politik seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Peganglah sumpah kewarganegaraan yang diiktiraf dan tidak wajar ada mana-mana baka keturunan kaum pendatang untuk ingkar apatah lagi menghina prinsip perlembagaan yang mengizinkan kewarganegaraan dibuka kepada bukan Rakyat Raja.
Pringatan kepada orang Melayu dan zuriat keturunan Melayu, peganglah erat jati diri kita. Ingatlah walaupun sedikit kelonggaran genggaman pastinya membuka ruang untuk dirungkai ikatan jati diri barang suatu hari nanti. Fahami dan dakapilah jati diri watan kita kerana itulah pusaka bangsa yang wajib diasimilasikan oleh setiap jiwa yang mengaku anak Malaysia.
Kandungan:
Pengantar
Mukadimah
1. Dasar British @Gagasan Malayan Union
2. Dari Palestin ke Tanah Melayu: British Mencatur Siasah
3. Harold MacMichael Mengadap Raja-Raja Melayu
4. Realiti Peribumi Melayu
5. Raja & Rakyat Memprotes Malayan Union
6. British Berunding Semula
7. Persekutuan Tanah Melayu 1948
8. Pembentukan Negara Bangsa
9. Paradigma Baru Dalam Caturan Politik Tanah Melayu
10. Cabaran Perpaduan Kaum Dalam Negara Bangsa
11. Peranan Raja-Raja Melayu
12. Rukan Negara Menjamin Perpaduan Kaum
13. Epilog: Kembali ke Asas Kenegaraan Faham Islam





