Wadisyifa | Jalan Bandar 3, Taman Melawati The perfect balance between health and care.
+603 4106 0175
wadisyifa@gmail.com

Falsafah Agama John Hick

RM18.00

Karya: Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
Terbitan: Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
ISBN: 978-967-1098-81-3

Falsafah Agama John Hick: Pengamatan Dari Kacamata Ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah karya Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady ini dan Pluralisme Agama di Alam Melayu karya Ustaz Nakhaie Ahmad, telah dilancarkan sempena Seminar Dakwah Nasional pada 8-9 Oktober 2012 disempurnakan pelancarannya oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu bersempena Majlis Pelancaran Seminar Dakwah Nasional 2012 pada 8hb Oktober 2012 (Isnin) jam 3:00 petang di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur.

 

SKU: 978-967-1098-81-3 Category:

Description

Buku ini membuat satu pendedahan tentang pemikiran, doktrin dan konsep Pluralisme Agama tajaan John Harwood Hick, seorang professor Falsafah Keagamaan dari England (1922-2012) dari perspektif ajaran Ahlu al-Sunnah wa al-Jama‘ah.

Falsafah Agama John Hick: Pengamatan Dari Perspektif Ajaran Ahli Sunnah ini dihasilkan bagi membuat satu pendedahan tentang pemikiran, doktrin dan konsep Pluralisme Agama tajaan John Harwood Hick, iaitu seorang profesor falsafah keagamaan, dari England. Pendedahan ini amat penting dibuat kerana virus pemikiran kufur Hick dan fahamana Pluralisme Agama sudah menyelinap masuk ke dalam masyarakat Islam Malaysia.

Inisiatif yang diambil oleh Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady dalam memaparkan kesesatan dan kekufuran Hick ini, adalah suatu usaha mulia dan amat serta tepat pada masa, kerana pemikiran dan ajaran batil-zindiq Hick ini sedang diusung oleh sesetengah aktivis dakwah dan politik Melayu-Islam Malaysia, sementelahan pula tiada respons daripada sesiapa pun yang menolak ajaran dan pemikiran Hick itu dalam bentuk tulisan.

Melalui pendedahan buku ini, sekali lagi Ustaz ‘Uthman El-Muhammady membedah seluruh pemikiran dan falsafah Pluralisme Agama kerana Hick dianggap oleh Pluralis Agama sebagai prophet justeru pemikiran dan gagasannya menjadi dasar utama dalam semua wacana mengenai Pluralisme Agama. Dati dasar-dasar dan konsep yang diletak dan digariskan oleh Hick inilah, para Pluralis Melayu kemudiannya menghurai, memperluas dan mencambahkannya lagi. Justeru, seluruh umat Islam wajib berganding bahu menyekat virus Pluralisme Agama ini dengan penyatuan tenaga dan kefahaman.

 

Additional information

Weight 0.175 kg
Dimensions 1 × 15 × 23 cm