Description
Merungkai persoalan sihir, kesan, akibat dan cara mengatasi. Buku ini amat sesuai untuk dimiliki oleh semua umat Islam sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak terduga seterusnya dapat mengelakkan kita dari meminta bantuan bomoh atau dukun yang menggunakan ilmu sihir. Lazimnya bomoh atau dukun ini tidak akan mengaku bahawa mereka mengamalkan ilmu sihir atau meminta bantuan jin tetapi pada hakikatnya itulah yang sebenarnya.
Jadi, melalui buku ini kita akan dibimbing dan diajar cara yang betul serta kaedah-kaedah untuk mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa ma’thur sebagai cara rawatan yang bersih dan jauh dari unsur-unsur syirik, Insya Allah.




