{"id":1663,"date":"2024-06-11T08:49:00","date_gmt":"2024-06-11T08:49:00","guid":{"rendered":"https:\/\/elwadishop.com\/frontdesk\/?post_type=product&#038;p=1663"},"modified":"2024-06-11T08:52:39","modified_gmt":"2024-06-11T08:52:39","slug":"rahmatanlilalamin-konsep-dan-epistemologi","status":"publish","type":"product","link":"https:\/\/elwadishop.com\/frontdesk\/index.php\/product\/rahmatanlilalamin-konsep-dan-epistemologi\/","title":{"rendered":"Rahmatanlilalamin: konsep dan epistemologi"},"content":{"rendered":"<p>Perlu diberi suatu nota penting, bahawa, orang-orang bukan Isl\u0101m akan mendapat Ra\u1e25mat di dunia ini, seperti yang dihurai oleh para Mufassir\u012bn itu. Syarat utamanya ialah jika mereka turut patuh dan menghayati ni\u1e93\u0101m atau peraturan-peraturan Isl\u0101m yang dikenakan kepada mereka oleh dekri atau decree negara. Ini bukan bermakna mereka dipaksa memeluk Agama Isl\u0101m kerana ajaran Isl\u0101m melarang berbuat demikian. Akan tetapi sebagai menyangkut Maq\u0101\u1e63id Syara\u2018 dalam prinsip Memelihara Keselamatan Masyarakat dan Keselamatan Negara, mereka sewajarnya menerima peraturan-peraturan \u2018am negara. Selama ini pun, mereka bukan mengikut peraturan agama mereka tetapi mengikut peraturan yang dicipta oleh manusia dalam bentuk ideologi dan sistem Sekular. Akan tetapi dalam wacana kaum Sekular-Liberal zaman sekarang, mereka tidak menekankan kewajipan orang bukan Isl\u0101m mematuhi peraturan Isl\u0101m dalam wilayah yang mereka duduki, tetapi memfitnah dan menuduh serta menyalahkan orang Isl\u0101m kerana dikatakan tidak meraikan dan menghormati mereka yang bukan Isl\u0101m itu.<\/p>\n<p>Seseorang yang tidak menjumpai dirinya yang sebenar seperti yang dihurai dalam epistemologi Ahlu al-Sunnah wa al-Jam\u0101\u2018ah, bermakna ia tidak mendapat Ra\u1e25mat All\u0101h. Ini adalah kerana dengan mengenali akan dirinya yang sebenar mengikut ontologi dan epistemologi Ahlu al-Sunnah wa al-Jam\u0101\u2018ah, maka ia akan dapat pula mengenali akan Rabbnya. Mengenali akan Rabbnya adalah suatu Ra\u1e25mat besar. Ramai manusia tidak dapat menjumpai dirinya yang sebenar, justeru ia dikatakan oleh al-Qur&#8217;\u0101n sebagai binatang bahkan lebih sesat lagi. Mereka tidak mendapat Ra\u1e25mat, malah mendapat petaka. Menjumpai diri adalah suatu Ra\u1e25mat Kedamaian dan Kebahagiaan dalaman atau R\u016b\u1e25\u0101niyyah dan \u2018menjumpai\u2019 All\u0101h adalah suatu Kebahagiaan yang lebih tinggi pula.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Karya: Ismail Mina Ahmad<br \/>\nPenyunting: Nik Farih Ihsan Pakhruddin<br \/>\nTerbitan: Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)<br \/>\nISBN: 978-967-10988-7-5<\/p>\n<p>Al-Fadhil Ustaz Haji Ismail Mina bin Haji Ahmad, lahir di Mina, Hijaz, Arab Saudi pada 25 November 1948. Beliau dibesarkan di Alor Setar, Kedah Darul Aman.<\/p>\n<p>Al-Fadhil Ustaz Haji Ismail Mina bin Haji Ahmad menyempurnakan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Alam Shah, Kuala Lumpur dan menamatkan pengajian tertiarinya di Universiti Malaya.<\/p>\n<p>Ketika beliau di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, al-Fadhil Ustaz Haji Ismail Mina bin Haji Ahmad bergiat cergas dalam kegiatan mahasiswa dan pernah memegang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), sebuah pertubuhan yang banyak melahirkan para pemikir dan tokoh negarawan.<\/p>\n<p>Al-Fadhil Ustaz Haji Ismail Mina bin Haji Ahmad adalah antara tokoh gerakan Islam negara yang mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada tahun 1971 dan merupakan ahli penggerak dalam penubuhan Yayasan Anda Akademik pada tahun 1972.<\/p>\n<p>Beliau dan rakan-rakan, bersama menubuhkan institusi dan NGO Islam seperti Dar al-Qur&#8217;an wa al-Hadith, Institut Pemikiran Tradisional Islam (IPTI) dan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).<\/p>\n<p>Al-Fadhil Ustaz Haji Ismail Mina bin Haji Ahmad juga seorang yang aktif menulis dan menerbitkan buku dan makalah berkaitan falsafah Islam, Aqidah, Pemikiran Tradisional Islam dan Ketamadunan Islam. Antara buku terbitan atas hasil usaha beliau yang terkenal ialah Pluralisme Agama: Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah yang diterbitkan pada tahun 2012 dan Muhammad Uthman El-Muhammady: Inteligensia Muslim Kontemporari yang diterbitkan pada tahun 2014. Beliau juga turut terlibat dalam membantu penerbitan penulisan guru beliau iaitu Almarhum Ustaz Uthman El-Muhammady rahimahullah antaranya Akhlaq Dalam Islam, Al-Firqah Al-Najiyah: Epistemologi Aqidah Golongan Yang Berjaya, dan Falsafah Agama John Hick: Pengamatan Dari Perspektif Ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah.<\/p>\n<p>Dikenali rakan-rakan beliau mempunyai hubungan akrab dengan beberapa tokoh penting negara sejak di zaman aktivis mahasiswa bersama memimpin pelbagai platform da\u2019wah antaranya al-Fadhil Almarhum Dato&#8217; Ustaz Haji Fadzil bin Muhammad Noor seorang tokoh politik negara (meninggal dunia pada tahun 2002). Dan Dato&#8217; Seri Anwar Ibrahim, penasihat sebuah lagi parti politik yang pada ketika itu bersama al-Fadhil Ustaz Haji Ismail Mina bin Haji Ahmad memimpin Yayasan Anda Akademik.<\/p>\n<p>Sungguhpun sibuk dengan penerbitan dan makalah ilmiah al-Fadhil Ustaz Haji Ismail Mina bin Haji Ahmad dilihat antara tokoh rujukan dan tumpuan media massa isu-isu yang membabitkan kepentingan umat Islam di negara ini. Beliau amat dikenali dengan sikap tegas terutama sekali terhadap ancaman yang melibatkan kepentingan umat Islam seperti pemikiran asing Pluralisme\/Liberalisme Agama berdasarkan perspektif pemikiran Ahlu al-Sunnah wa al-Jama&#8217;ah, melalui PERTUBUHAN MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA (MUAFAKAT).<\/p>\n<p>Antara program yang berjaya dilaksanakan di bawah pimpinan beliau:<\/p>\n<p>Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-1: Gerakan Tajdid Dan Pemikiran Najdiyyin<br \/>\nWacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-2: Fahaman Pluralisme Agama Dan Implikasinya Terhadap Masyarakat Islam<br \/>\nWacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-3: Siyasah Syar&#8217;iyyah Dalam Konteks Religio-Politik Semasa Malaysia<br \/>\nWacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional<br \/>\nWacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-5: Seminar Mendepani Virus Syi&#8217;ah<br \/>\nWacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-6: Pencerahan Tasawwur Ahli as-Sunnah Wa al-Jama&#8217;ah<br \/>\nWacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-7: Pemerkasaan Mazhab al-Syafi&#8217;i<br \/>\nWacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-8: Liberalisme: Agenda Jahat Illuminati<\/p>\n","protected":false},"featured_media":1367,"template":"","meta":[],"product_cat":[21],"product_tag":[],"class_list":["post-1663","product","type-product","status-publish","has-post-thumbnail","hentry","product_cat-koleksi-buku-rujukan-agama"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/elwadishop.com\/frontdesk\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/product\/1663","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/elwadishop.com\/frontdesk\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/product"}],"about":[{"href":"https:\/\/elwadishop.com\/frontdesk\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/product"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/elwadishop.com\/frontdesk\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1367"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/elwadishop.com\/frontdesk\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1663"}],"wp:term":[{"taxonomy":"product_cat","embeddable":true,"href":"https:\/\/elwadishop.com\/frontdesk\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/product_cat?post=1663"},{"taxonomy":"product_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/elwadishop.com\/frontdesk\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/product_tag?post=1663"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}